PNM buka Pusat Pembelajaran Imersif kepada pengunjung, perkenalkan teknologi terkini lebih interaktif

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah membuka Pusat Pembelajaran Imersif mulai 20 Januari lalu untuk memberikan pengalaman menarik yang tidak akan dilupakan pengunjungnya melalui pembelajaran berteknologi tinggi yang lebih interaktif dan imersif.

Pusat ini merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan memperkenalkan dan memanfaatkan teknologi terkini seperti Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR), Metasemesta (metaverse), Hologram, Avatar Pustakawan, skrin LED Melengkung, panel interaktif, Robozone serta AR Photobooth.

Ketua Pengarah PNM, Edy Irwan Zulkafli telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Pusat Pembelajaran Imersif di Lobi Aras 1, Bangunan Anjung Bestari PNM, dekat sini baru-baru ini.

PNM dalam kenyataan memaklumkan, projek di bawah KPN yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas Rolling Plan 5 (RMKe-12 RP5).

“Projek ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Belanjawan 2025 di bawah Pendigitalan Khazanah Warisan Negara telah bermula pada 15 Mac 2025 dan disiapkan sepenuhnya pada 28 November 2025.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperkaya pengalaman dan pembelajaran digital kepada pengguna serta memperkukuh peranan PNM sebagai peneraju perpustakaan yang moden dan progresif di Malaysia, ”kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Projek Pembangunan Pusat Pembelajaran Imersif ini juga bertujuan memperluas akses kepada sumber maklumat digital serta menggalakkan penggunaan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh perpaduan masyarakat melalui pelaksanaan program literasi digital yang lebih komprehensif.

Katanya, PNM akan terus menekankan usaha dalam memperluaskan penggunaan teknologi moden dalam setiap perkhidmatan perpustakaannya.

Ujarnya, inisiatif ini bukan sahaja menyokong pembangunan modal insan, malah turut mengukuhkan perpaduan nasional melalui penyediaan peluang pembelajaran yang inklusif dan bersepadu, berasaskan teknologi, kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau tahap pendidikan.

Pada 16 Disember tahun lalu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah menyempurnakan sesi ‘walkabout’ bagi Projek Pembangunan Pusat Pembelajaran Imersif di PNM. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat