Daim, Na’imah tukar pasukan peguam kerana berbeza pandangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin dan isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dilaporkan telah menamatkan khidmat pasukan peguam yang mewakili mereka dalam pendakwaan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malaysiakini mendakwa penamatan khidmat itu dibuat dua hari lalu, atas dasar “perbezaan pandangan” dalam pengendalian kes tersebut.

Justeru,sumber portal itu berkata Daim dan Na’imah akan melantik firma guaman baru untuk mewakili mereka.

Sebelum ini, pasangan itu melantik firma guaman Wong Kian Kheong selaku peguam cara dan pasukan peguam yang diketuai Mohd Yusof Zainal Abiden, yang merupakan bekas peguam cara negara.

Turut mewakili mereka sebelum ini adalah peguam M Puravalen, Yunos Shariff dan Alex Tan.

Perlu dinyatakan yang Daim dan Na’imah juga merupakan peguam, dengan Daim masih memiliki sijil guamannya.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan asetnya seperti yang diarahkan SPRM.

Wanita berusia 66 tahun itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata Daim telah juga dibenarkan keluar hospital dan dijangka akan didakwa di mahkamah minggu depan.

Hartawan berusia 85 tahun itu dijangka dihadapkan dengan sekurang-kurangnya satu pertuduhan gagal mengisytiharkan hartanah yang dimiliki bersama isterinya.3n

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat