Wan Junaidi dilantik TYT Sarawak ke-8

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua (TYT) Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan TYT Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara pada Jumaat.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai TYT Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun sehingga 26 Januari 2028.

Pelantikan Wan Junaidi bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Terdahulu, Wan Junaidi dilapor melepaskan jawatan sebagai Speaker Dewan Negara yang disandangnya sejak Jun tahun lalu, menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Tindakan itu mengundang spekulasi dengan ramai mengaitkan nama beliau sebagai calon TYT Sarawak yang baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat