Mulakan pemansuhan pencen wakil rakyat – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pemuda Umno menyifatkan adalah tidak adil membezakan darjat wakil rakyat dan rakyat terutamanya membabitkan skim pencen.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh mengemukakan saran sekiramya benar kerajaan mahu mengurangkan beban kewangan kerajaan maka pemansuhan skim pencen wajar dimulakan oleh wakil-wakil rakyat.

“Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini, tetapi biarlah pemansuhan skim pencen ini dimulakan oleh wakil-wakil rakyat terlebih dahulu.

“Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka ,tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati.

“Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat,” tegas Dr Akmal.

Hal ini kerana beliau percaya atas prinsip kepimpinan melalui teladan.

“Mohon cadangan ini diambil kira dan dipersetujui oleh semua wakil rakyat sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang,” gesa beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat