Tunjuklah bukti PN tak rasuah pengundi, mudahkan kerja SPRM – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah ada bukti kukuh bahawa partinya tidak rasuah pengundi maka beliau disaran membuktikan kepada rakyat sekali gus memudahkan urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, dalam undang-undang jenayah, jika seseorang yang dituduh itu tidak bersalah dan ada alibi, maka dia sepatutnya menyatakan alibinya untuk membuktikan dia tidak bersalah supaya pendakwa boleh mengecualikannya dari dituduh.

Maka katanya, jika orang yang dituduh itu kata dia ada alibi namun tidak berupaya menunjukkan alibinya, maka kemungkinan besarnya dia berbohong.

“Semalam Raja Petra membuat video mempertahankan “sedekah” Perikatan Nasional. Dia juga ulas berkenaan saranan saya supaya Hamzah Zainuddin menunjukkan bukti kukuh bahawa PN tidak rasuah pengundi. Katanya lagi sepatutnya orang yang menuduhlah menunjukkan bukti, bukan orang yang dituduh. Saya faham undang-undang, perkara ini dalam kebanyakan kes adalah betul. Namun ia tidak setiap masa betul.

“Bezanya kali ini, sehari sebelum saya mengutarakan saranan berkenaan, Hamzah yang membuat kenyataan media bahawa kononnya dia ada bukti kukuh yang PN tidak beri rasuah kepada pengundi walaupun banyak video-video tular dan laporan polis telah dibuat menunjukkan sebaliknya.

“Oleh itu, jika dia (Hamzah) sudah ada bukti kukuh seperti yang dinyatakannya, maka tunjukkanlah kepada rakyat, dan tidak perlulah rakyat tertunggu-tunggu untuk menutup isu ini atau SPRM bersusah-susah dan berhabis sumber untuk mencari bukti sebaliknya,” kata Isham dalam hantaran Facebooknya pada Khamis.

Beliau malah mencadangkan kepada Raja Petra supaya baca habis dulu sesuatu perkara sebelum menyerang dengan maklumat sekerat-sekerat

Namun demikian, beliau juga menegaskan bahawa Hamzah yang berkata dahulu bahawa dia ada bukti kukuh bahawa PN tidak beri rasuah kepada pengundi.

“Apabila Hamzah sukarela beri kenyataan bahawa dia kononnya ada bukti ini, maka dia perlu mengemukakannya sebagaimana kes alibi di atas untuk menjimatkan sumber awam yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mencari bukti sejajar dengan dasar awam mahupun supaya rakyat boleh tutup isu ini dan fokus kepada masalah lain.

“Namun tidak, sehingga hari ini Hamzah tidak pun kemukakan bukti yang dia kata kononnya dia ada tersebut. Besar kemungkinan Hamzah tidak bercakap benar ataupun kepercayaannya bahawa dia ada bukti kukuh itu sebenarnya ke laut.

“Sekali lagi saya ingin sarankan kepada Hamzah supaya kemukakan bukti yang kamu kata kamu ada tersebut supaya kes ini boleh segera disudahkan dan kepada Raja Petra, usahlah nampak terdesak sangat ingin menyerang saya hanya kerana kamu ingin mempertahankan sedekah atau rasuah PN,” kata beliau lagi.

Rasuah tetap rasuah, ia bukan sedekah. Usah tegak benang yang basah, tegas Isham.

“Kita perlu bersihkan politik Malaysia ini daripada rasuah dan ke arah politik dasar yang lebih positif,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat