Cara MKT nilai aset dan liabiliti ‘aneh’ – Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cara Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menilai aset dan liabiliti dalam parti didakwa tidak sama dengan cara rakyat dan pengundi lihat.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya (yang digantung), Tun Faisal Ismail Aziz dalam satu hantaran di Facebooknya mengulas video grafik yang dimuat naik di media sosial yang bertajuk “Umno’s logic” yang memaparkan perbezaan antara aset dan liabiliti mengikut logik Umno.

Hantaran itu menyenaraikan aset Umno ialah Datuk Seri Jamal Yunos dan Datuk Dr Puad Zarkashi manakala individu yang dianggap liabiliti ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Tindakan disiplin, yang ni lawak. Apa pun cara MKT melihat aset dan liabiliti memang ada masalah dan berbeza dengan cara rakyat dan pengundi lihat.

“Macam saya sebut, kita buat diagnosis, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno nak buat post-mortem.Bila kita buat diagnosis yang betul, kita dapat kenal pasti penyakit dan kita boleh cari terapi dan ubat yang betul.

“Kalau diagnosis kita kata pesakit kena kanser dan pesakit kena kemoterapi atau radioterapi, tapi pesakit denial (menafikan) dan kata dia kena buatan orang, maka dia akan cari ubat yang salah,” bidas beliau sinis.

Namun, tambah Tun Faisal lagi sekiranya post-mortem sudah dibuat dan tiada jalan rawatan yang boleh dilakukan maka perkara terbaik ialah menguburkan.

“Tapi, kalau dah buat post mortem, jawabnya selepas selesai kena kuburkan la, apa nak buat, tahap kecerdasan ‘lobak’ memang sukar dimengertikan… tu yang markah 21 peratus, graduan Harvard masih boleh kata, lulus cemerlang.

“Nanti saya ulas secara siaran langsung mengenai proses menjatuhkan hukuman dalam Umno yang begitu ‘telus’ dan ‘adil’, katanya.

Difahamkan Lembaga Disiplin Umno kini sedang ‘giat’ menghantar surat tindakan disiplin kepada ahli-ahli yang ‘bermasalah’ dan hukuman akan diputuskan oleh mesyuarat MKT yang akan diadakan pada Jumaat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat