Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata keputusan juga akan mengambil kira kepentingan keseluruhan rakyat termasuk sektor ekonomi.

“Maklumat tersebar mengenai kerajaan akan melaksanakan sekatan pergerakan penuh seperti PKP 1.0 menimbulkan kebimbangan sehingga ada yang membuat pembelian panik, saya ingin menyatakan bahawa keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) apabila hampir tiba tempoh tamat (PKP) pada 4 Feb nanti,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan media yang menyatakan kerajaan akan melaksanakan PKP lebih ketat seperti yang pertama kali diadakan di negara ini termasuk menutup semua sektor ekonomi untuk mengekang penularan COVID-19.

Sementara itu, mengulas laporan media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa PKP selepas 4 Feb akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ismail Sabri berkata ianya hanya bayangan dan harapan ketua pengarah itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat