Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

- Advertisement -

CYBERJAYA — Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding pinjaman asal hanya 113 bulan (9 tahun).

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengurus kewangan dan saham Najib Saahari dalam akaun facebooknya.

“Mintak moratorium, tapi loan kena extend jadi 18tahun. Kereta sampai dah reput tapi loan still kena bayar.”

Terdapat ramai pengguna yang melontarkan komen dalam Facebook Najib Saahari mengakui mengalami pertkara yang sama walaupun memohon moratorium.

Najib pula dalam komen beliau menyatakan ramai yang memohon moratorium telah ditawarkan penjadualan semula pinjaman.

Penjadualan semula pinjaman dalam masa panjang membolehkan bank mengenakan kadar faedah yang tinggi dan merugikan pengguna.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata selain BSH dan BPR, peminjam dari kalangan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000 turut layak menerima manfaat daripada dua pilihan yang akan diberi.

“Pilihan pertama adalah menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau pilihan kedua, pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

“Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi. Untuk peminjam dari golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan.

“Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik. Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021.

Katanya, dengan peralihan ke arah Bantuan Pembayaran Bersasar mulai 1 Oktober yang lepas, institusi perbankan telah terus menawarkan moratorium lanjutan dan lain-lain kaedah bantuan pembayaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat