Man United mahu menang semuanya – Fernandes

- Advertisement -

LONDON: Bruno Fernandes berkata Manchester United sesuai dengan mentalitinya kerana mereka adalah “kelab yang mahu menang semuanya” ketika dia menandakan ulang tahun pertama bersama pendahulu Liga Perdana itu minggu ini.

Pemain antarabangsa Portugal berusia 26 tahun itu menukar nasib dialami skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer sejak menyertai mereka dari Sporting Lisbon pada Januari 2020.

Jaringan dihasilkannya Ahad lalu ketika menang 3-2 mengatasi Liverpool pada pusingan keempat Piala FA adalah yang ke-28 buat United.

“Saya datang ke kelab ini kerana tahu akan ke kelab yang mahu menang semuanya – dan mentaliti saya, cara saya berada dalam kehidupan dan bola sepak ialah mengenai kemenangan,” kata Fernandes.

“Dan saya akan percaya sehingga ia bukan lagi mustahil, anda tahu? Seperti saya melihat seseorang mendapat trofi sebelum saya, kemudian saya (akan) hilang rasa percaya.”

Mentaliti kemenangan Fernandes ditambah dengan dirinya benci kepada kekalahan.

“Saya tidak berkompromi dengan kalah perlawanan dianggap normal,” katanya. “Bagi saya, tewas bukan sesuatu yang normal jadi mentaliti saya datang daripada itu.” – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat