Presiden UMNO Mula Ber-Tiktok Dekati Anak Muda

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mendaftarkan dirinya untuk menjadi pengguna aplikasi TikTok terbaru dengan memuatnaik video pendek memperkenalkan dirinya.

Zahid telah memilih lagu berlatar belakangkan lagu ‘where is the love’ Kumpulan The Black Eyed Peas dan berdurasi 11 saat telah dimuat naik oleh beliau pada petang tadi.

“Saya….Zahid Hamidi,

“Saya sudah ada akaun TikTok. Sila follow saya…saya akan follow anda semua..,” kata Zahid didalam video Tiktoknya.

Tiktok kini menjadi ikutan anak muda di dunia kerana banyak informasi dan hiburan yang menjadi tumpuan mereka yang dipercayai sudah bosan dengan kandungan media sosial Facebook kerana dipenuhi dengan perbalahan isu politik.

Mengikut kajian, video jenaka menjadi tumpuan utama pelayar TikTok yang kini sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan ekoran pandemik Covid-19 dan tekanan hidup kerana keselesaan ekonomi global.

Mengikut laporan berita November 2019 dianggarkan 500 juta pengguna terutama anak muda menggunakan aplikasi yang berasal dari negara China sehingga mencetuskan pertikaian oleh Amerika adakah ia selamat atau menjadi medium untuk menggumpulkan data pengguna sebelum dihantar ke China.

Mengikut laporan terkini Oktober 2020 artikel didalam Utusan Malaysia pula menyebutkan bahawa pengguna TikTok kini sudah melebihi 1 Bilion diseluruh dunia dan menjadi aplikasi paling cepat berkembang setakat hari ini.

Jika dibiarkan seramai 6.1 juta anak muda yang bakal mengundi buat kali pertama PRU15 nanti akan jauh dari sentuhan parti keramat Melayu UMNO sehingga melemahkan peluang untuk menggamit perhatian mereka untuk bersama menyokong aspirasi perjuangan parti.

Meskipun agak lewat bagi seorang ahli politik bertaraf Presiden sebuah parti politik tertua di negara kita namun ia tindakan yang wajar dipuji sebagai satu langkah ke hadapan dalam memastikan kepimpinan bawahan juga akan bergerak seiring dengan perubahan massa agar imej parti sentiasa segar di mata generasi muda.

Pemimpin lain seperti Tun Mahathir serta Syed Saddiq juga sudah lama menggunakan aplikasi ini dan dengan cara tersendiri.

Sebenarnya UMNO telah berusaha menggunakan aplikasi ini lebih awal. Pada bulan April 2020 Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO telah dikecam netizen kerana menganjurkan pertandingan TikTok untuk warga IPT.

Meskipun niatnya baik namun ia menjadi isu nasional sehingga ia menjadi sorotan media dan rakyat negara yang masih belum dapat menerima langkah tersebut kerana persepsi negatif aplikasi TikTok di sisi fikiran rakyat yang melihat bahan yang dimuatnaik lebih bersifat melalaikan dan tidak sesuai budaya dan adat orang Melayu.

Apa lagi, jom kita mula ber-TikTok dengan cara yang tidak melanggar norma agama dan budaya masyarakat kita. Gunakan untuk kebaikan dan jangan disalahkan aplikasi ini jika kita gagal memanfaatkannya untuk memahami pemikiran anak muda yang sangat obses dengan bahan TikTok yang bersifat pendek dan kreatif serta mampu menghiburkan mereka. -SuaraTV

Pautan :  https://vt.tiktok.com/ZSW6abTq/

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat