Siasat Dakwaan Operasi Jet Persendirian Tak Sah Di LTSAAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan operasi perkhidmatan jet persendirian bagi tujuan komersial (sewa atau upah) secara tidak sah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

“Kementerian melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan menyiasat laporan media tersebut dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

“Mana-mana pihak disarankan untuk membuat aduan kepada pihak kementerian, CAAM atau MAVCOM bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian itu memandang serius isu tersebut sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian semalam.

Menurut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771), mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan tidak berjadual termasuk perkhidmatan operasi penerbangan jet peribadi untuk sewa atau upah perlu mendapatkan permit perkhidmatan udara yang dikeluarkan MAVCOM.

“Di samping itu, hanya syarikat penerbangan negara dan asing yang berdaftar dan memiliki Sijil Pengendali Udara (AOC) yang dikeluarkan oleh negara masing-masing sahaja yang layak memohon menyediakan perkhidmatan penerbangan operasi penerbangan jet peribadi untuk sewa atau upah bagi membawa penumpang di Malaysia

“Ini adalah bagi memastikan perkhidmatan penerbangan yang disediakan mematuhi syarat-syarat teknikal dan keselamatan yang ditetapkan oleh CAAM,” kata kementerian berkenaan.

Mengambil kira peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan ini dan keperluan untuk menggalakkan pertumbuhan industri penerbangan jet peribadi bagi tujuan sewa dan upah, Kementerian Pengangkutan pada masa ini sedang meneliti semula dasar semasa berhubung perkhidmatan tersebut dengan mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pemegang kepentingan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat