Presiden Perancis Sembuh Daripada Covid-19

- Advertisement -

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron disahkan bebas daripada sebarang gejala Covid-19 selepas seminggu diuji positif virus berkenaan.

Pejabatnya, Elysee Palace dalam kenyataan berkata, presiden berkenaan yang menjalani kuarantin kendiri di kediaman rasmi berhampiran Paris kini tidak perlu lagi berbuat demikian.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa Macron ‘tidak lagi menunjukkan sebarang gejala’.

Macron masih menjalankan tugasnya dalam pentadbiran negara dalam tempoh kuarantin itu dan akan meneruskan tanggungjawabnya selepas ini.

Beliau disahkan positif virus berkenaan minggu lalu selepas menunjukkan gejala keletihan, batuk dan sakit sendi – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat