Dengan satu panggilan telefon saja daripada Ruji, PM akan tolong Merotai – Saifuddin

MEROTAI – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi keyakinan penuh kepada pengundi di DUN Merotai bahawa mereka tidak akan silap jika memilih Datuk Ruji Ubi sebagai wakil rakyat bahkan beliau adalah calon wakil rakyat terbaik untuk membawa perubahan di kawasan itu.

Menguatkan lagi perkara berkenaan, Menteri Dalam Negeri itu menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mencalonkan Ruji sebagai wakil rakyat PKR di DUN Merotai justeru, setiap permohonan daripada rakyat di situ akan dimohon langsung oleh Ruji kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri suruh dia (Ruji) jadi calon, jadi dengan satu panggilan telefon saja… Perdana Menteri, saya baru saja terpilih sebagai wakil rakyat Merotai dan
dalam tempoh 2 minggu ini saya dah pusing kawasan saya dapati bahawa kampung ini ada keperluan untuk dapatkan dewan yang baru.

“Dia tahu, takkanlah PM kata tak boleh, tentu PM akan tolong dia,” tegas Saifuddin dalam siri kempennya di Merotai.

Menurut Saifuddin lagi, PKR bertanding di 10 DUN di Sabah iaitu Inanam, Petagas, Tulid, Segama, Gum Gum, Karamunting, Melalap, Sindumin dan Api Api tetapi beliau pilih untuk bantu di Merotai.

“Semua itu kawasan yang PKR tanding tapi saya pilih untuk bantu di Merotai ini dengan bersungguh-sungguh sebab saya yakin sangat-sangat
kalau Datuk Ruji (akan menang), dengan cara kita kempen, cara kita jumpa dengan pengundi beberapa hari lagi baki.

“Kenalkan dia cerita kepada pengundi pujuk mereka… jika kita jentera kerja sungguh-sungguh 29 Nov dia dapat jadi wakil di sini (Merotai).

“Dia adalah wakil yang terbaik yang akan berkhidmat untuk orang Merotai, percayalah itu keyakinan,” tegas Saifuddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat