Piala Malaysia: Jaga Tatatertib, Jangan Cetus Kekecohan Di Stadium Esok – Sultan Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Menjelang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2022, Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) esok, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bertitah menasihati para penyokong Selangor agar menjaga tatatertib dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan itu di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok.

Baginda berharap para penyokong Selangor tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan termasuk terlibat dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apa pun keputusan di akhir perlawanan.

Titah baginda, setiap penyokong haruslah matang dan tidak melayan provokasi berlebihan.

Baginda berharap semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekali gus memberi suntikan semangat kepada para pemain.

Baginda turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Selangor FC dan JDT.

Media melaporkan, 21 November lalu di Terengganu, walaupun beraksi dengan 10 pemain menuju ke penghujung permainan, diasak habis-habisan oleh Terengganu FC, Selangor bagaimanapun berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 biarpun kalah 1-0 dalam separuh akhir kedua.

Kemenangan 3-1 yang dilakar di Petaling Jaya, Rabu lalu membolehkan Red Giants mara ke perlawanan akhir secara agregat 3-2, sekali gus bakal membuat perhitungan dengan JDT di Bukit Jalil esok. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat