Kos sara hidup: Anwar mahu jumpa agensi kerajaan pada hari minggu

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menangani isu kos sara hidup menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Bursa Malaysia menunjukkan kadar pertukaran ringgit yang positif.

Ini kerana, jelas Anwar, apa yang menjadi kebimbangannya apabila peningkatan harga barangan yang terus menekan orang ramai.

Justeru, beliau meminta pihak yang berkenaan mengadakan perbincangan teliti selewatnya pada Isnin depan bagi mengambil tindakan segera.

“Saya akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan atau agensi berkenaan dalam masa terdekat.

“Kalau mereka tidak berkeberatan, saya mohon mereka adakan pertemuan hujung minggu ini atau selewat-lewatnya Isnin.

“Saya faham Isnin itu hari cuti awam, tetapi kalau mereka agak berkeberatan (juga) maka saya boleh tangguhkan,” katanya pada sidang media sini, hari ini.

Selain itu, Anwar berkata, beliau maklum komitmen yang diberikan pegawai di jabatan serta agensi berkaitan dan percaya, mereka tahu keutamaan kerajaan sekarang ialah meringankan beban dihadapi rakyat di peringkat bawah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat