UiTM sangkal buang 600 pensyarah sambilan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tidak ada pensyarah sambilan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan ditamatkan perkhidmatan seperti dilaporkan media.

Penegasan itu disahkan oleh Naib Canselornya, Prof Mohd Azraai Kassim yang menyifatkan laporan bertajuk “UiTM re-assesses 600 part-time lecturers after fundingcut” sebagai salah tafsir dan mengelirukan pelbagai pihak.

Beliau sebaliknya berkata, pengambilan pensyarah sambilan di UiTM untuk setiap semester berdasarkan kepada keperluan program dan subjek setiap fakulti.

“Justeru jumlahnya berbeza-beza pada setiap semester,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu, laporan yang mengatakan UiTM memberhentikan pensyarah sambilan adalah tidak tepat dan amat dikesali.

Mohd Azraai menjelaskan kenyataan bertulis UiTM kepada portal berita itu, (kami) sama sekali tidak menyentuh isu berkaitan pemotongan bajet universiti.

Berikutan, isu pemberhentian pensyarah sambilan tidak timbul sama sekali.

Ujar Azraai, UiTM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang prihatin dengan pembangunan serta operasi universiti, malah ia proses berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat