JASA dijenama JKOM, tak bertindan agensi lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kabinet bersetuju Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dijenama semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tugas utama J-KOM pada masa ini ialah melaksanakan komunikasi strategi pembudayaan norma baharu Covid-19.

“Fungsi J-KOM tak bersifat bertindan dengan agensi di kementerian lain dari segi kumpulan sasar, pendekatan program dan aktviti,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, kaedah J-KOM yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan komuniti.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-Kom juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-Kom pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik Covid-19.

Japen pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat