Tarik Diri Bertanding PRU Jika Ada Kes Mahkamah Dan Rasuah -EXCO Pemuda UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn menggesa pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat dalam kes mahkamah dan rasuah menarik diri dari bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang.

Menurutnya, mereka yang terlibat kes rasuah dan mahkamah harus mengenepikan diri terus menjadi calon pada PRU15 nanti. Tegasnya, ianya satu jaminan parti UMNO berjaya menawan kembali hati rakyat jika mahu meneruskan perjuangan tanpa parti BERSATU dan PAS selepas PRU kelak.

“Kita haruslah memastikan bahawa UMNO dari segi ketrampilan benar-benar bersih,

“Bermakna pemimpin yang mempunyai masalah mahkamah dan terlibat dengan rasuah harus memikirkan bagaimana hendak mengenepikan kedudukan dan tempat mereka dalam PRU15,

“Rakyat mahu melihat sebuah parti yang bersih dan juga boleh mendatangkan keyakinan kepada mereka untuk menjadi sebuah kerajaan bersih nanti,” katanya ketika ditemubual oleh berita Astro Awani.

Jelasnya lagi, rakyat tidak mahu lagi sebuah kerajaan yang dilihat boleh di krompomi, dan juga pemimpin-pemimpin yang terpalit dengan isu rasuah, berbelanja mewah diluar batasan dan kemampuan sebenar dan ini memberi gambaran sebenar kepada rakyat cara pentadbiran sesebuah parti itu.

Dalam pada itu katanya lagi, UMNO harus menjalinkan hubungan kukuh dengan pengundi muda terutama mereka yang pertama kali mengundi pada PRU15 nanti. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat