Penunggang motosikal maut dihempap pokok sawit

- Advertisement -

LUMUT: Seorang warga emas maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit ketika sedang menunggang motosikal di sebuah ladang di Kampung Bakar Bata, dekat Ayer Tawar, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata mangsa, Mohd Saleh Mat Ali, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian perut.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira 7.25 pagi.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat