Anwar dedah diugut pemimpin Eropah, tak patah semangat bela Palestin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya membuka mulut bahawa beliau menerima ugutan daripada pemimpin negara Eropah susulan kelantangan Malaysia memperjuangkan isu Palestin.

Pun begitu, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia tidak sekali-kali patah semangat dan tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak agar sekatan dibuat terhadap negara ini.

“Ada Ahli Parlimen Eropah, kita beri keterangan jelas dengan kenyataan mereka dan ada yang usul langsung…kita usah risau berhubung perkara itu, kita ada urusan kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia pada Rabu.

Semalam, dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Anwar mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat