Pendakwaan bantah Muhyiddin dapatkan semula pasportnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pasportnya dilepaskan tanpa syarat dibantah pihak pendakwaan meskipun bekas Perdana Menteri itu telah dibebaskan daripada empat pertuduhan salah guna kuasa baru-baru ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi mengenai pendirian pendakwaan ketika sebutan perkara itu hari ini.

Nor Asma berkata, pihak pendakwaan menerima kertas kausa daripada peguam Muhyiddin minggu lepas dan meminta masa dua minggu untuk memfailkan afidavit sebagai jawapan.

Azura memerintahkan agar afidavit itu difailkan selewat-lewatnya 17 November dan menetapkan permohonan itu didengar pada 23 November.

Beliau turut memerintahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan bertulis selewat-lewatnya 21 November.

K Kumaraendran, Amer Hamzah Arshad dan Chetan Jethwani mewakili Muhyidin selaku peguam, manakala Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat dan Poh Yih Tinn tampil sebagai pihak pendakwaan.

Dalam permohonannya, Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Pagoh, meminta syarat ikat jaminnya diubah, termasuk pelepasan dokumen perjalanan bagi membolehkannya bercuti bersama ahli keluarganya.

Katanya, beliau telah menempah tiket penerbangan memandangkan permintaan untuk perjalanan ke UK tinggi.

Tambah Muhyiddin lagi, beliau juga memerlukan pasport untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Singapura.

Muhyiddin berkata, peguamnya memaklumkan bahawa wang jaminan RM2 juta yang dibayarnya pada 10 Mac sekadar bertujuan memastikan dia hadir di mahkamah.

Katanya, tidak wujud risiko beiau melarikan diri dan dia juga mempunyai keluarga serta aset dalam negara.

Mahkamah Sesyen sebelum ini memerintahkan Muhyiddin menyerahkan dokumen perjalanannya sementara menunggu selesai perbicaraan berhubung tuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan RM232.5 juta buat Bersatu antara 8 Feb dan 20 Ogos 2021, selain berhubung tuduhan pengubahan wang haram.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat