Kontroversi tak jejas reputasi

- Advertisement -

JIKA ditanya band rock tempatan mana paling banyak mencetuskan kontroversi. Pasti ramai bersetuju jawapannya ialah Search.

Selepas beberapa siri kontroversi sejak 1980-an, tahun 2021 juga menyaksikan Search masih tidak sunyi dengan kontroversi.

Apa saja yang berlaku, Search masih dilabel sebagai band rock paling berpengaruh di Malaysia berdasarkan reputasi, kualiti dan populariti mereka.

Sejak tahun 1985 hingga 2017, Search menghasilkan 16 album studio termasuk album B-Sides iaitu Berpaling dan Di Pintu Sepi serta dua album Double Trouble bersama Wings.

Kajian yang dilakukan Music Addicts Malaysia Community di Facebook, baru-baru ini memilih 10 album terbaik yang menjadi pilihan peminat tegar Search.

Ia dipilih berdasarkan kualiti, populariti, kreativiti dari segi gubahan muzik, ciptaan lagu, lirik dan pastinya cita rasa masing-masing dalam kalangan peminat.

Malah, teknik permainan, ‘sound’, ‘riff’, solo daripada pemain-pemain gitar Search seperti Kid, Noordin, Man Kidal dan Hillary Ang turut memainkan peranan penting.

Hasil kajian mendapati rata-ratanya memilih album ketiga, Mentari Merah Di Ufuk Timur sebagai album terbaik.

Ini diikuti album Fenomena, Langit & Bumi, Rampage dan Karisma.

Lima lagi album pilihan peminat ialah album sulung, Cinta Buatan Malaysia, Rock & Roll Pie, Bikin Wilayah (projek khas bersama Awie Wings), Gema Di Timur Jauh dan Double Trouble I (bersama Wings).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut 10 album yang menjadi pilihan peminat:

1. Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)

2. Fenomena (1989)

3. Langit & Bumi (1986)

4. Rampage (1992)

5. Karisma (1990)

6. Cinta Buatan Malaysia (1985)

7. Rock & Roll Pie (1996)

8. Bikin Wilayah (1998)

9. Gema Di Timur Jauh (1995)

10. Double Trouble I (1992)

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat