94.6 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksinasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Okt) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan semalam melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291 dos.

Setakat semalam juga, sebanyak 89,095 atau 51.6 peratus individu dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 81.1 peratus atau 2,552,468 individu remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 8,438 dos penggalak vaksin COVID-19 telah diberi setakat semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 101,590 dos.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat