Kes Baru dan Kes Aktif Covid-19 Terus Catat Penurunan – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia menunjukkan penurunan kes baharu Covid-19 sebanyak 20.7 peratus iaitu daripada 52,321 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-41 kepada 41,508 kes pada ME ke-42.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, penurunan dapat dilihat pada purata kes aktif sebanyak 21.0 peratus iaitu daripada 105,497 kes (ME ke-41) kepada kes 83,605 kes (ME ke-42).

“Bagi kes kematian pula menunjukkan penurunan sebanyak 16.4 peratus daripada 593 kes (ME ke-41) kepada 496 kes (ME ke-42).

“Selain itu, kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan 16.5 peratus iaitu 684 kes (ME ke-41) kepada 571 kes (ME ke-42),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kes memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan penurunan 14.4 peratus iaitu 292 kes (ME ke-41) kepada 250 kes (ME ke-42) manakala, nilai RT kekal stabil sekitar nilai 0.88.

Mengenai kluster, katanya, sebanyak 56 kluster dilaporkan pada ME ke-42 melibatkan kluster tempat kerja, kluster komuniti, kluster pusat pendidikan, kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan.

“Dalam masa sama sehingga 23 Oktober, sejumlah 25,161,659 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi Covid-19. Sebanyak 94.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap.

“Manakala, sebanyak 72.4 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap,” ujar beliau.

Berhubung kapasiti, Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan memperuntukkan 28,832 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,241 katil wad biasa, 1,374 katil wad ICU dan 2,861 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit Covid-19, kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Penggunaan katil di PKRC, wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan trend penurunan sekitar empat hingga lapan peratus pada ME ke-42 berbanding ME ke-41,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat