PRN Melaka: Larangan Perhimpunan Langkah Terbaik, Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Covid-19 – Norazman

- Advertisement -

TANJUNG KLING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan menyambut baik larangan Menteri Kesihatan berhubung aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial serta pelancaran jentera berkaitan pilihan raya.

Jelas Nor Azman, ia merupakan langkah terbaik dalam memastikan rakyat negeri itu tidak diheret dalam krisis COVID-19 sepertimana yang berlaku di Sabah sebelum ini.

“Kita tengok yang diumumkan Khairy Jamaluddin dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) (kerana) benda ini serius.

“Saya ingat MKN sudah tengok berapa hari ini tentang PRN Melaka, jadi saya merasakan larangan ini cukup baik bagi mengekang perkara-perkara yang tidak diingini seperti COVID-19,” jelasnya.

Meskipun berdepan kekangan untuk berkempen dalam PRN Melaka dijadualkan November depan, namun ujar Nor Azman ia tidak mematahkan semangat calon yang akan bertanding.

Sebaliknya, sudah tiba masanya kempen norma baharu diadakan oleh setiap parti yang bertanding.

“Saya melihat benda ini di laman sosial saya tengok tak kira mana parti, saya tengok kumpulan yang ramai mengheret rakyat, sama-sama untuk berkempen walaupun tarikh berkempen 8 November tapi dah berlaku bilik gerakan dan macam lagi.

“Benda ini tidak baik dan tidak sihat dengan pandemik COVID-19 di Melaka, kerajaan MKN mengambil serius perkara ini dan perlu dibendung segera sebelum berlaku di PRN Sabah,” ujarnya lagi.

Kongsi kisah long COVID

Mengulas lanjut jelas Nor Azman, beliau yang juga bekas pesakit COVID-19 sehingga kini masih mengalami simptom long COVID sehingga kadang kala menjejaskan aktiviti hariannya.

Justeru, rakyat di negeri itu katanya lagi, perlu dilindungi daripada menjadi mangsa kepada musuh tidak nyata semata-mata kerana pilihan raya.

“Saya sendiri mengalami simptom long COVID, di mana sodium dalam badan berkurang, saya hampir lemah dan maut sebab ia menganggu jantung saya.

“Saya rasa kesannya sehingga hari ini walaupun dah sebulan keluar hospital. Diri saya pun tidak stabil, pernah berkerusi roda dan bertongkat.

“Apabila sudah terjadi pada diri saya, takkan nak heret rakyat jadi macam saya. Saya tahu benda itu penyakit berbahaya, kita sedia maklum takkan kita nak seret orang lain kena,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya di Tanjung Kling pada Isnin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan larangan aktiviti, perhimpunan, majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan bermula 25 Oktober sehingga 27 November depan.

Larangan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) PeraturanPeraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Jelasnya, ia bagi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID19 dan peningkatan kes mendadak susulan penularan varian Delta dalam komuniti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 8 November sebagai tarikh hari penamaan calon, hari pengundi awal pada 16 November dan hari mengundi pada 20 November depan.

PRN Melaka bakal melibatkan 495,196 orang pengundi di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat