CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet untuk mengisytiharkan darurat.
Menurut sumber, Muhyiddin mempertimbangkan peletakan jawatan dan mahu berbincang dengan anggota kabinet secara tidak rasmi.
Turut kelihatan di kediaman Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Petang tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan Darurat mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun kenyataan Agong petang tadi jelas mahu semua ahli politik bekerjasama memulihkan negara ini, namun ia juga dilihat sebagai hilang kepercayaan Seri Paduka Baginda terhadap Perdana Menteri.
Dalam keadaan biasa, Perdana Menteri secara moral perlu mempertimbangkan untuk melepas jawatan.
- Majlis Raja-Raja Mahu Mekanisme Semak, Imbang Dihormati, Elak Unsur Salah Guna Kuasa
- Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ
- Laju Mat Sabu Ambil Kesempatan, Kata Najib
- Pemimpin PPBM Dakwa Muhyiddin Dapat Nasihat Salah Isu Darurat – Laporan
- Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat