Speaker Dewan Rakyat belum terima usul tidak percaya terhadap PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat setakat ini, belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, daripada pembangkang untuk sidang Parlimen Oktober depan, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Jelasnya, buat masa ini beliau masih belum menerima usul undi tidak percaya tersebut dalam bentuk hitam putih atau panggilan telefon.

“Saya dengar khabar-khabar angin tidak ada,

”Buat masa ini, memang ada ramai pihak bercakap, tapi saya tidak ada terima apa-apapun, dalam bentuk hitam putih ataupun panggilan, tidak ada.

“Seperti biasa mana-mana usul kena ada hitam putih”, katanya ketika ditanya pemberita pada Program Libat Urus Mesyuarat Ketiga, Sidang Dewan Rakyat Bersama Pengamal Media, di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia, sebentar tadi.

Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

Perdana Menteri berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatan.

“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober).

“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa perwakilan dan pimpinan Pas menuntut Anwar meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti berkenaan di Temerloh, baru-baru ini.

Untuk rekod, pada Disember 2022, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Usul percaya itu bertujuan membuktikan Anwar daripada Pakatan Harapan (PH), yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022 mendapat sokongan ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ini ialah seramai 148 orang merangkumi daripada PH 82, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan Parti Srawak (GPS) 23, Gagasan Rakyat Sabah (GRS) 6, Parti Warisan (Warisan) 3, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)  1, Parti Bangsa Malaysia (PBM) 1, dan Bebas 2 kerusi.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat