- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Menurut kenyataan rasmi PMO, pelantikan Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ini adalah untuk tempoh 3 tahun mulai 13 September 2024 hingga 12 September 2027.
“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” katanya.