Tak boleh harapkan 190 negara tunggu dengar setiap ucapan, KJ pertahan Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kritikan dan perbandingan antara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lima tahun lalu tidak sewajarnya dijadikan kayu ukur.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, adalah tidak relevan untuk mengharapkan 190 negara anggota PBB untuk tunggu dan mendengar setiap ucapan daripada setiap negara.

Beliau yang menjelaskan ada beberapa faktor yang mendorong kepada situasi itu, iaitu faktor masa dan siapa yang sampaikan ucapan.

“Kepada pentaksub yang lahir semalam, urutan ucapan ini bergantung kepada banyak faktor iaitu bergantung kepada siapa yang sampaikan dan malangnya kita Malaysia ini adalah negara di mana ketua kerajaan bukanlah ketua negara jadi mereka akan bagi keutamaan kepada negara.

“Di mana ketua negara adalah ketua kerajaan, bergantung kepada masa dapat masa tak berapa cun memang dewan agak kosonglah sebab kita tak boleh mengharapkan 190 negara tunggu untuk mendengar setiap ucapan dari setiap negera.

“Saya pernah tengok dulu Tun M dapat waktu yang cantik, dewan agak penuh dan beliau dah dikenali ucapan yang panas dan dinantikan oleh global south – negara Afrika, negara Asia kerana mereka tahu Mahathir akan tibai negara-negara maju dan beliau sudah ada reputasi itu.

“Sedangkan PMX ini pertama kali sebagai PM dan sebelum ini mungkin reputasi beliau selama ini sebagai ketua pembangkang belum lagi sebagai seorang jurucakap di PBB,” pertahan Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Ahad.

Beliau mengulas situasi di mana beberapa klip video dan gambar yang tersebar menunjukkan dewan hampir kosong ketika Anwar berucap di PBB buat pertama kali dengan kritikan kononnya ucapan beliau kurang menarik perhatian masyarakat antarabangsa.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat