Anwar berucap selepas PM Israel, ketika itu ramai keluar dewan – Dr Zaliha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa tampil memperjelas situasi situasi sebenar dewan yang dikatakan hampir kosong, sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Sebagai salah seorang delegasi Malaysia ke New York, Dr Zaliha memberitahu giliran ucapan Anwar adalah sejurus ucapan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berucaap.

“Sebenarnya macam ini, keadaan yang berlaku itu semasa kami masuk…Perdana Menteri Israel sedang menyampaikan kenyataan negara dan memang ketika itu, memang ramai keluar dari dewan berkenaan.

“Jadi kebetulan selepas itu giliran Perdana Menteri (Malaysia) dan ketika itu pun sudah ramai, ada juga beberapa negara sudah masuk kembali (dalam dewan) selepas habis ucapan dari Israel,” katanya menerusi perkongsian video di akaun TikTok pada Isnin.

Oleh demikian, Dr Zaliha berharap dakwaan mengenai dewan kosong tidak diperbesarkan lagi kerana isu paling penting adalah Perdana Menteri berjaya menyentuh sekali gus menyampaikan isu penting pada persidangan itu.

Selain mendapat tepukan gemuruh delegasi Malaysia, beliau berkata ada delegasi dari negara lain turut sama memberi tepukan kepada Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, kita pun sudah dengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia adalah ucapan yang sangat bagus.

“Kita mendapat sokongan dan tepukan yang gemuruh bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga rakan-rakan negara lain.

“Itu adalah satu perkara yang saya fikir semua orang patut tahu yang kita sepatutnya rasa bangga. Jangan duduk besar-besarkan sangat isu dewan kosong. Itu biasa sebab kadang-kadang (giliran ucapan) tak kena masa dan sebagainya. Tetapi paling terbaik adalah isi kandungan ucapan tersebut,” katanya. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat