konsert Rock Kapak bakal mengamit nostalgia peminat 80an & 90an

- Advertisement -

Genre Rock masih releven hingga ke hari ini dan masih lagi terpahat di hati peminat peminat tak hilang dek zaman. Genre Rock masih boleh bangkit kembali dengan adanya konsert-konsert yang mengamit nostalgia untuk menarik peminat daripada pelbagai lapis peringkat umur untuk datang berhibur. Itu lah yang telah diusahakan dengan inisiatif sendiri oleh Attah Music dan Boss Production.

Berbekalkan lagu-lagu hits balada dan heavy rock yang suatu ketika dahulu pernah mendominasi industri muzik tanahair, pihak penganjur yakin konsert ini bakal menghimpun peminat rock pada malam 7 Oktober 2023 di Panggung Asia nanti.

Meskipun berbaki cuma 14 hari lagi, penjualan tiket kian gigih dipertingkatkan pada saat-saat akhir dengan harapan lebih ramai lagi yang turun padang. Dengan harga hanya RM85, peminat rock akan dapat menikmati melodi kemerduan lagu-lagu dari Junction, Meditasi, Desire, Bloodbrothers dan Revenge yang pasti nya akan memberi persembahan terbaik setelah sekian lama tidak beraksi di konsert skala besar.

Menurut Encik Naz Hamzah dari Boss Production selaku penganjur bersama, beliau tidak memilih band-band berdasarkan populariti semata-mata, tetapi berdasarkan minat yang tinggi dan komitmen band tersebut sendiri.

“Kami juga tidak memandang kepada keuntungan semata-mata sebaliknya lebih kepada nawaitu berhibur bersama. Kami akan merasa puas apabila ramai yang gembira dengan outcome konsert yang dihidangkan kerana itulah matlamat sebenar kami”, ujar nya ketika sidang media bersempena pelancaran konsert tersebut yang di adakan di Campbell Complex pada 22 September lalu.

“Semangat setiakawan merupakan kriteria yang saya pilih. Selain kemampuan beraksi sama seperti dulu meski dipanjat usia, semangat mereka itu yang saya kagumi”, ujar Hatta

Dia juga menyangkal dakwaan kumpulan rock ini juga sudah berkubur juga adalah tidak benar memandangkan semuanya masih aktif bermain muzik dan dengan konsert yang bakal diadakan, segala persoalan peminat akan terjawab.

“Kami masih aktif, namun peluang untuk membuat persembahan tidak pernah diterima dan melihat kepada permintaan peminat sewajarnya kami diberi ruang dan peluang untuk berkarya apatah lagi selepas 30 tahun kebanyakan lagu daripada kumpulan ini masih dimainkan di radio dan diminati,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai konsert berkenaan, Hatta berkata setiap kumpulan akan diberi masa selama 60 minit bagi membuat persembahan dan akan mendendangkan lagu popular daripada album masing-masing.

“Ketika Hatta hubungi saya memberitahu tentang projek ini, saya terus bersetuju. Saya belum tanya payment, belum tanya bila, lokasi dan sebagainya, saya terus setuju. Sebab apa? Sebab berkawan dah terlampau lama, lebih 30 tahun. Saya tahu apa yang Hatta cuba buat ini adalah platform buat kami beraksi dan juga mata pencarian kami. Alhamdulillah”, ujar Burn selaku vokalis kumpulan Meditasi.

Jom kita mengimbau kenangan terindah bersama mereka kerana konsert ini menjanjikan kesan mendalam dalam setiap hati peminat rock dengan lagu-lagu hits seperti “Akan Ku Kenang”, “Biar Pedih Kasih Memanjang”, “Bias Cinta”, “Monolog Untuk Rina” dan banyak lagi.

Setiap pembelian tiket memberi peluang kepada peminat bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa yang ditaja oleh Gama Rock Studio dan Mentari Merah Entertainment.

Antaranya adalah gitar elektrik Ibanez, gitar akustik, alat alat muzik, t’shirt, poster, button band serta pelbagai barangan lain khas untuk peminat yang bergaya dengan pakaian rock terbaik pada malam konsert tersebut. Turut dimeriahkan dengan segmen cabutan bertuah, rebutlah peluang ini dan jangan ketinggalan.

Belian tiket boleh di buat di sini https://rockkapak.ubertickets.asia/ atau Whats App +60195881810. Apa tunggu lagi, jom kita beramai-ramai rileks kan minda, berhibur bersama Junction, Meditasi, Desire, Bloodbrothers dan Revenge malam 7 Oktober nanti.

Pastinya konsert ini bakal mempersembahkan magis nya tersendiri dengan pengalaman band-band otai bersama lagu-lagu mereka yang masih menjadi siulan dan malar segar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat