Anwar Nafi Pernah Umum Tanding Di Parlimen Ampang

- Advertisement -

BATU KAWAN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah kenyataan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu.

Ketua Pembangkang itu turut menyangkal desas-desus beliau akan melepaskan kerusi Port Dickson untuk bertanding di Parlimen Ampang yang kini disandang bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Jadi saya nak bertanding kerusi (majoriti) Cina? (Mohd) Rashid Hasnon ini siapa dia?

“Pasal apa kita hantar ke Batu Pahat? Sebab prestasi (beliau di) Pulau Pinang (ketika) itu kurang memuaskan.

“Saya tidak umum pun (bertanding di Ampang), dia kata saya hendak bertanding Ampang. Siapa beritahu? (Jika) dia hendak pertahankan Zuraida ini bukan caranya,” katanya

Anwar berkata kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berhubung kerusi mana yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sewajarnya ditimbulkan.

“Zuraida Melayu kan, dia bertanding di mana? Ampang. Jadi ini bukan isu,” katanya ketika menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di sini hari ini.

Anwar menegaskan beliau memimpin parti majoriti Melayu yang turut membabitkan penyertaan ahli daripada pelbagai kaum.

“Saya tidak pernah uar-uarkan seperti mana BERSATU ataupun UMNO yang merupakan parti Melayu dan Islam,” katanya.

Semalam, beberapa media tempatan melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang kerana takut menghadapi pengundi Melayu di Port Dickson pada PRU15.

Mohd Rasyid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat turut dilapor berkata, pengundi Melayu sudah dapat menilai kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memimpin negara selama 22 bulan sebelum ini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat