111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut 107 kes adalah penularan tempatan dan empat lagi adalah kes import.

Menurutnya, kes pertama Kluster Orkim melibatkan seorang kru kapal warga Indonesia iaitu kes ke-10572 yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang.

“Mangsa telah sign-on di Singapura pada 10 September sebelum bergejala demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit dan muntah tiga hari kemudian, namun tidak memaklumkan kepada majikan.

“Seterusnya, mangsa telah sign-off pada 17 September dan hanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 22 September sebelum dirujuk ke Hospital Permai, Johor di mana dia didapati positif Covid-19 pada 23 September,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, Sabah terus merekodkan kes tertinggi dengan 97 kes termasuk 74 di Kluster Bangau-Bangau dan 13 di Kluster Benteng LD dan Kluster Laut (dua).

“Kedah turut melaporkan lapan kes termasuk tujuh di Kluster Sungai dan satu kes saringan jangkitan pernafasan akut teruk di Hospital Sultanah Bahiyah.

“Penularan tempatan turut dikesan di Pahang dan Selangor masing-masing kes saringan bergejala yang mempunyai sejarah pulang dari Semporna dan Kota Kinabalu,” katanya.

Noor Hisham berkata, empat kes import pula mendapat jangkitan dari Indonesia, India dan Singapura. -Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat