Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman.

Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jamili Nais, berkata tindakan itu diambil berikutan seorang pesakit COVID-19 didapati mendaki Gunung Kinabalu di antara 13 hingga 14 September lalu.

Beliau berkata, susulan itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan Notis Perintah Tutup untuk menutup ibu pejabat Taman Kinabalu, Kundasang.

“Pusat COVID-19 dibuka di Taman Kinabalu untuk tujuan operasi pencegahan penularan yang melibatkan ujian saringan COVID-19 ke atas kontak rapat pendaki yang terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit dalam aktiviti pendakian itu.

“Operasi nyah kuman yang menyeluruh dilaksanakan ke atas kemudahan-kemudahan pelancongan di sepanjang laluan pendakian ke Gunung Kinabalu termasuk di Stesen Panabalan (base camp) di sepanjang tempoh penutupan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berikutan peningkatan kes COVID-19 di pantai timur negeri itu, agensi kerajaan negeri taman-taman Sabah melaksanakan operasi nyah kuman di Taman Bukit Tawau, Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Pulau Sipadan selama tujuh hari dari 20 hingga 30 September ini.

“Ketiga-tiga buah taman ini tidak akan dibuka kepada pelawat dan orang awam sepanjang tempoh operasi ini dilaksanakan.

“Bagaimanapun, taman-taman lain yang bebas daripada gejala penularan COVID-19, iaitu Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Pulau Penyu, Taman Banjaran Crocker, Taman Pulau Tiga dan juga Taman Tun Mustapha masih dibuka kepada pelawat awam,” kata Jamili.

Beliau berkata, Stesen Mata Air Panas Poring, Substesen Serinsim, Substesen Sayab, Substesen Monggis dan Substesen Nalapak masih bebas daripada penularan COVID-19 dan dibuka kepada pelawat awam. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat