Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bendahari Agung UMNO itu juga menyangkal dakwaan kononnya beliau juga dalam senarai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengikut Anwar.

“Saya telah mendengar pelbagai spekulasi kononnya saya juga turut disenaraikan mengikut Anwar Ibrahim.

“Dan saya juga disenaraikan dalam carta Kabinet Anwar kononnya nama saya juga tercatat sebagai Menteri Industri Utama.

“Saya ingin maklumkan semua ini angan-angan Anwar, saya tetap UMNO dulu, kini dan selamanya,” kata Ku Nan dalam satu petikan video.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan turut memberitahu, perjuangan UMNO jelas yakni “No Tun M, No Anwar Ibrahim dan No DAP”.

“Saya minta supaya spekulasi-spekulasi ini tidak terus dicanang kerana ia akan mengelirukan rakyat.

“Kita akan terus berjuang untuk rakyat kerana kita setia bersama BN,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat