TUDM Lakukan Latihan Penerbangan Mulai Esok Sempena Hari Kebangsaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dan persiapan bagi sambutan Hari Kebangsaan bermula esok hingga 31 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan itu akan melakukan koordinasi Terbang Lintas Hormat dan Segmen Udara melibatkan pesawat udara milik ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu pesawat milik TUDM, Tentera Darat dan Tentera Laut, sempena sambutan Hari Kebangsaan Rabu ini.

“Latihan itu turut melibatkan pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sepanjang tempoh latihan persiapan sehingga hari sebenar, pesawat terlibat akan melaksanakan penerbangan rendah dan penerbangan taktikal,” menurut kenyataan itu.

Justeru, TUDM menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan operasi dan kesiagaan dilaksanakan, yang dapat disaksikan di beberapa kawasan latihan iaitu sekitar Kuantan dan Lembah Klang. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat