PRU-15: PH Bertanding Guna Satu Logo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) akan bertanding menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sehubungan itu, satu rekaan logo baru PH sedang dipertimbangkan bagi memberi nafas baru dalam usaha gerak kerja PRU-15.

“Dalam menghadapi PRU-15, Pakatan Harapan akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri.

“Pakatan Harapan akan bertanding dengan satu logo iaitu logo Pakatan Harapan. Satu reka bentuk baru logo tersebut juga akan dipertimbang,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Upko, Wilfred Madius Tangau.

Pada PRU-14, PH bertanding menggunakan logo PKR memandangkan ketika itu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pendaftaran gabungan parti berkenaan.

Ketika itu, PH dianggotai oleh PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), Bersatu dan DAP.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat