Mahathir Percaya Najib Akan Dapat Pengampunan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tun Dr Mahatir Mohamad percaya, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan besar akan menerima pengampunan diraja pada satu masa nanti.

Mahathir yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri sebanyak dua kali itu juga berkata, beliau kesal dengan kelewatan perbicaraan SRC International yang membabitkan Najib kerana ia menyebabkan banyak kes lain tertangguh.

Hal itu, menurut Mahathir akan menyebabkan rasa kurang senang hakim berikutan banyak kes yang tertangguh.

Selain itu, dalam kenyataannya, Mahathir berkata kelewatan perbicaraan mengenai dana SRC International berlaku kerana perlakuan Najib dan peguamnya yang menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang perbicaraan.

“Besar kemungkinan penjenayah akan terlepas dari dihukum kerana jenayah yang dilakukan oleh mereka.

“Benarlah seperti pepatah Inggeris bahawa keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai.

“Bagi Najib besar kemungkinan ia akan diampun setelah dipenjara,” kata ahli parlimen Langkawi itu.

Mahathir turut memberitahu, kelewatan perbicaraan juga akan menyebabkan keadilan terabai kerana dalam tempoh yang panjang, ada penjenayah yang meninggal dunia.

“Ada pepatah Inggeris yang berkata “justice delayed is justice denied” yang boleh kita terjemah sebagai “keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai”.

“Kerana kes SRC Najib mengambil masa yang amat panjang (empat tahun) banyaklah kes-kes pencurian, salah guna kuasa, rasuah yang melibatkan ramai tokoh-tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah.

“Ada penjenayah yang meninggal dunia pun. Kelewatan perbicaraan akan menghasil keadilan terabai,” kata Mahathir.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan berhubung tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International terhadap Najib.

Selepas hukuman dibacakan, Najib yang menjadi perdana menteri dari 2009 hingga 2019 kemudian di bawa ke penjara Kajang bagi menjalani hukuman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat