Pengampunan diraja: Najib ada hak tapi baca dulu kertas penghakiman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai hak sekiranya ingin membuat rayuan bagi mendapatkan pengampunan diraja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Presiden PKR itu memberitahu, pihak yang mendesak agar Najib diberi pengampunan itu perlu memahami dan membaca penghakiman yang telah dibuat oleh mahkamah terlebih dahulu sebelum sebarang tuntutan dibuat, lapor Malaysiakini.

“Itu hak masing-masing (memohon pengampunan diraja), tetapi baca dulu penghakiman. Yang dia (penyokong Najib) marah sangat dengan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tu, baca dulu keputusan dia.

“Dia tak boleh jawab penghakiman itu maka, dia cuba serang sepertimana yang disebut oleh Ketua Hakim Negara (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bahawa kes terlalu jelas, baca dululah. Jangan pakai marah saja.

“Baca dulu berapa juta masuk akaun mana, apabila dah baca dan tahu takkan kita nak pertahankan,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan NGO penyokong Najib yang ke Istana Negara semalam untuk menyerahkan memorandum memohon pengampunan diraja diberikan kepada Najib.

Selain itu, Anwar turut mengingatkan pihak yang memohon pengampunan diraja itu tentang kes lain yang “lebih besar” berkaitan 1MDB sedang dibicarakan di mahkamah.

“Jadi tunggulah,” katanya lagi.

Semalam, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia yang diketuai Presidennya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong agar memberi pengampunan diraja kepada Najib.

NGO hadir menyerahkan memorandum bersama kira-kira 300 orang penyokong Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat