Pemenjaraan Najib, azimat penguat buat Umno, kata Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kisah pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak menjadi azimat penguat untuk Umno terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kisah Najib bukanlah pengakhiran kepada perjuangan mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia sebaliknya kisah itu akan menjadi azimat penguat.

Dalam kenyataan pada Khamis, Zahid berkongsi cabaran dihadapi Umno selepas kalah Pilihan Raya Umum pada 2018.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka pernah menyatakan Umno telah tiada dan sudah berakhir. Mereka mahu menamatkan terus riwayat Umno, namun berkat keazaman bersama kita berjaya menghalanginya. Bersama kita semua mara dan terus berjuang mencapai kebangkitan Umno.

“Selepas gagal dan melihat kebangkitan Umno, mereka mahu menguasai (hijack) parti terbesar orang Melayu ini. Mahu memperkudakan Umno untuk menjamin kedudukan politik, kuasa dan jawatan mereka yang kian lemah.

“Namun berkat keazamaan pemimpin dan ahli Umno yang setia, sekali lagi bersama kita berjaya menghalanginya. Bagaimanapun dapat jua disaksikan betapa mereka tetap bermuslihat untuk menawan dan mempergunakan Umno,” kata Zahid.

Bagi mencapai tipu daya, pemimpin Umno yang mempertahan Umno daripada tergadai kepada mereka mahu diketepikan, dakwa Zahid lagi.

“Syukur para pimpinan Umno yang setia kepada perjuangan Umno tidak tunduk dan mengalah.

“Termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah begitu banyak berjasa kepada Umno yang kini dipenjarakan.

“Mereka menjangkakan api kemaraan Umno akan terpadam dengan pemenjaraan Najib Razak. Mereka mengharapkan muslihat mereka akan lebih mudah dicatur dan terlaksana, ternyata mereka tersilap mengatur percaturan.

“Kisah Najib Razak bukanlah pengakhiran kepada perjuangan mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia. Sebaliknya kisah itu akan menjadi azimat penguat untuk kita terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang,” ujar Zahid.

Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat