ColorOS 13 OPPO antara terawal penuhi ciri privasi terbaharu Android 13

- Advertisement -

DEMI memberi kepuasan kepada pengguna, OPPO terus meneroka dan menambah baik prestasi sistem pengendalian mudah alih telefon pintar mereka.

Menyedari bahawa pengguna menginginkan sebuah peranti yang memberi kepuasan kepada diri mereka, OPPO memperkenalkan sistem ColorOS bermula tahun 2013.

Pengenalan kepada sistem ini nyata mendapat sambutan luar biasa daripada lebih 500 juta pengguna setia peranti telefon pintar OPPO yang menginginkan kelainan dalam menggunakan peranti telefon pintar.

Terbaharu, OPPO memperkenalkan sistem ColorOS 13 yang bakal memberikan pengalaman telefon pintar serba baharu kepada pengguna.

ColorOS 13 direka bentuk untuk disepadukan dengan ciri privasi Android 13, selain reka bentuk Aquamorphic OPPO dan ciri pintar yang direka untuk sentiasa terhubung dan produktif.

Bukan itu sahaja, sambungan pintar dalam ColorOS 13 juga membolehkan peningkatan produktiviti berbilang peranti.

Kehadiran ColorOS 13 menandakan kemunculan pertama Enjin Pengkomputeran Dinamik, sistem peringkat teknikal OPPO yang dibangunkan secara dalaman bagi memberikan sistem yang lebih lancar dan stabil, serta penambahbaikan menyeluruh kepada pengalaman pengguna secara asas.

Ia membawa dua penambahbaikan utama kepada ColorOS 13, termasuk peningkatan hayat bateri dan keupayaan untuk memastikan lebih banyak aplikasi terbuka di latar belakang  tanpa kehilangan status dalam aplikasi.

Enjin ini juga menambah baik penjadualan sumber perkakasan untuk memanjangkan hayat bateri dengan mencapai keseimbangan yang lebih baik antara prestasi tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah.

Berikut antara ciri terbaharu yang dibawa ColorOS 13:

Reka bentuk Aquamorphic

Reka Bentuk Aquamorphic OPPO yang serba baharu ini pertama kali diperkenalkan dalam ColorOS 13.

OPPO percaya bahawa air adalah inklusif dan universal dan ia melambangkan kehidupan, kecergasan dan harapan.

Oleh itu, kesan Aquamorphic menggabungkan ciri-ciri air memberikan kesan interaksi yang lembut, semula jadi dan lebih realistik dalam ColorOS 13.

Dengan animasi intuitif, visual ‘Aquamorphic’, Reka Letak Adaptif dan ciri-ciri lain, ColorOS 13 bakal memberikan pengalaman penggunaan yang lebih ringkas, selesa dan lebih mesra pengguna.

Sistem palet tema baharu

Tema warna biru neutral dalam ColorOS 13 diinspirasi daripada warna pada air ketika matahari terbit dan terbenam.

Pengguna boleh menikmati pengalaman ini dengan hanya menukar tetapan telefon mudah alih mereka.

Empty State Illustration

Sistem ilustrasi menambah imej bagi mencetuskan emosi positif dan menghidupkan komunikasi teks. ColorOS 13 menambah ilustrasi pada ruang putih dalam tetapan sistem pengendalian mereka.

Selain menampilkan pelbagai imej termasuk imej budaya dan sejarah klasik seperti jam Salvador Dali dan gadis Vermeer dengan Subang Mutiara, ciri ini juga mempunyai elemen moden seperti imej jam tangan pintar dan telefon pintar.

Sistem Fon dan Tipografi

Sistem fon baharu meningkatkan pengalaman visual angka Latin, Cyrillic dan Arab. Penampilan yang lebih stabil dengan saiz fon yang lebih lebar meningkatkan kebolehbacaan teks.

ColorOS 13 juga telah mempertingkatkan tipografi untuk menyesuaikannya dengan ketebalan, saiz, gaya teks dan bahasa yang berbeza, demi memberikan pengalaman membaca yang jelas dan indah.

Reka letak gaya kad juga telah ditambahkan pada ColorOS 13 untuk membantu pengguna membaca maklumat penting dengan lebih cepat.

Ciri ini menampilkan saiz kad yang berbeza yang mengklasifikasikan maklumat mengikut jenis kandungan.

Omoji

Omoji memberi pengguna pengalaman mencipta ‘kad pengenalan dunia digital’ dengan imej avatar yang jelas dan menarik.

Pengguna boleh menggunakan Omoji sebagai imej tangkapan kepala pada pelbagai aplikasi sosial atau menunjukkannya pada Paparan Sentiasa Hidup.

ColorOS 13 juga menyokong avatar Omoji dalam Kenalan OPPO untuk memperibadikan kenalan pengguna dan memberi pengalaman baharu dalam berkomunikasi.

Avatar ini didatangkan dengan lebih banyak bentuk dan ciri muka, alat solek, status sosial dan hobi, meliputi pelbagai gaya yang boleh diperibadikan.

Keselamatan dan Privasi

Menerusi ciri Auto Pixelate, pengguna boleh mengecam dan mengaburkan foto profil dan nama dalam tangkapan skrin sembang secara automatik melalui satu ketikan.

Jadi, pengguna boleh berkongsi tangkapan skrin dengan mudah tanpa bimbang mengenai privasi mereka dan mereka juga boleh mengulang semula tangkapan skrin jka mahu.

Ciri Auto Pixelate ini juga boleh digunakan di aplikasi Messenger dan WhatsApp.

Selain itu, ColorOS 13 turut menyepadukan ciri perlindungan privasi asas Android 13 yang memastikan keselamatan menyeluruh apabila menggunakan peranti OPPO.

Private Safe direka dengan algoritma AES yang digunakan secara meluas dalam penyimpanan fail direktori peribadi bagi memastikan tahap keselamatan tinggi.

Pengguna akan berasa lebih selesa dengan fail peribadi yang disimpan secara berasingan dalam Private Safe.

Kid Space

Lebih menarik, sistem ini juga dilengkapi ciri pemantauan kanak-kanak yang mana sekiranya kanak-kanak duduk dalam posisi tidak betul ketika menggunakan telefon seperti menundukkan atau menyengetkan kepala, sistem ini akan mengingatkan mereka untuk mengekalkan posisi yang betul bagi memperbaiki postur dan meringankan beban pada tulang belakang dan mata mereka.

Sistem ini juga akan mengeluarkan peringatan apabila kanak-kanak menonton skrin pada jarak dekat sekali gus membantu memastikan mereka berada pada jarak tontonan yang sesuai untuk melindungi penglihatan mereka.

Tidak terhenti di situ, sistem ColorOS 13 juga mempunyai ciri penderia cahaya ambien yang boleh mengesan cahaya persekitaran ketika menggunakan telefon.

Apabila cahaya sekeliling terlalu gelap, sistem akan mengingatkan kanak-kanak untuk menggunakan peranti dalam persekitaran terang bagi menjaga  penglihatan mereka.

Sesuai dengan slogan “Inspirasi Mendahului”, ColorOS 13 menjadikan penggunaan teknologi lebih pintar dan lancar melalui ciri-ciri yang berpaksikan pada pengalaman, privasi dan keselamatan serta produktiviti pengguna.

OPPO juga mula melancarkan beberapa siri model telefon pintar terbaharu seperti FindX 5 Pro 5G dan Reno8 5G Series yang akan menyokong sistem ColorOS 13 secara penuh.

Untuk maklumat lanjut mengenai ColorOS, layari laman web OPPO sekarang.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat