Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin CanSino Hari Ini

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin memaklumkan sebanyak 53,000 dos vaksin tunggal jenis CanSino tiba di Sabah hari ini

Menurutnya, vaksin tersebut mampu melancarkan program vaksinasi di Sabah sehingga semalam dengan lebih 1.46 juta penduduk di negeri itu menerima dos pertama vaksin Covid-19 manakala 866,228 lagi telah melengkapkan dos kedua.

“Kumpulan pertama bagi bekalan vaksin dos tunggal yang akan dibekalkan secara berperingkat ke Sabah. Lebih banyak bekalan dos vaksin tersebut akan tiba dalam bulan ini.

“Kadar vaksinasi orang dewasa iaitu 18 tahun dan lebih di Sabah telah mencapai 53.3 peratus (dos pertama) dan 31.4 peratus daripada mereka telah menerima dua dos lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Rose Nani berkata JKNS dan kerajaan negeri akan terus giat meningkatkan kadar vaksinasi di kawasan pedalaman dan sukar dicapai.

“Pada masa ini, jangkitan COVID-19 telah pun berleluasa dalam komuniti, semua orang berisiko untuk menjangkiti dan dijangkiti. Pada masa ini juga, tindakan pencegahan di peringkat individu adalah kunci utama menghalang penyebaran virus ini.

“Saya menyeru kepada semua untuk mengambil vaksin COVID-19 kerana ia terbukti memberi perlindungan kepada individu. Jika mereka dijangkiti selepas divaksin, simptom-simptom adalah kurang serius berbanding jika mereka belum divaksin,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat