Regina Lim Dakwa Shafie Apdal Hipokrit Sejak Zaman UMNO Lagi

Mohammadin Sudah Minta Maaf Isu Dakwaan Hina Wira Negara – Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memanggil Datuk Mohammadin Ketapi untuk meminta penjelasan berhubung kenyataan kontroversinya. Calon...

Hishamuddin Minta Maaf Kepada Waris Pejuang Yang Terkorban (Video)

KUDAT - Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh keluarga dan waris wira-wira negara yang terkorban ketika tragedi berdarah di...

Wakil Rakyat Bebas Tidak Mampu Berkhidmat Di Kuamut – Bung Muktar

TONGOD: Pengundi Kuamut diminta untuk menolak calon Bebas yang bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihanraya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26hb September yang...

Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

CYBERJAYA - PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan...

Bomba Bantu Keluarkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit antara tiang elektrik dan sebatang pokok. Dalam kejadian kira-kira...

KOTA KINABALU – Pemimpin Wanita Parti Cinta Sabah (PCS) Regina Lim mendakwa, Presiden Warisan Shafie Apdal cuba menjaja dirinya sebagai pemimpin memperjuangkan nilai yang baik tetapi hakikatnya mempunyai sejarah hipokrit yang panjang sejak zaman Umno lagi.

Lim berkata, rakyat Sabah tidak sepatutnya terpedaya dengan gaya politik Shafie, dengan mendakwa Shafie “berkali-kali” mengatakan sesuatu perkara, namun melakukan sebaliknya.

“Tidak mungkin presiden sebuah parti, apalagi seorang ketua menteri, mengugut pengkritiknya dengan saman, bukannya menjawab tuduhan dilontarkan kepadanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim merujuk kepada ugutan terbaru Shafie untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PCS Anifah Aman dan Presiden STAR Jeffrey Kitingan kerana mendakwa beliau bukan berasal dari Sabah.

Kata Lim, ugutan saman itu bertentangan dengan prinsip selalu dibawa Shafie, iaitu kritikan perlu disambut baik kerana ia adalah sebahagian daripada demokrasi dan memastikan pemerintahan yang baik.

“Sebenarnya, ketika didesak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan persekutuan untuk memperjuangkan hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan, Shafie mengulangi kenyataannya yang beliau percaya dengan pendekatan secara rundingan dan bukannya konfrontasi.

“Justeru, Shafie membuktikan dirinya hipokrit terbesar di Sabah ketika beliau mengugut untuk saman pengkritiknya, iaitu Anifah Aman dan Jeffery, jika mereka terus membuat tuduhan (seperti itu) terhadapnya.”

Ketika lawatan kerja ke daerah pedalaman Nabawan hujung minggu lalu, Shafie berkata beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya berasal dari negeri asing atau Warisan adalah untuk pendatang tanpa izin.

Lim berkata, mereka yang biasa dengan gaya berpolitik ahli Parlimen Semporna itu akan menyedari ia adalah “respons klasik Shafie” untuk mengugut pengkritiknya dengan tindakan undang-undang ketika beliau dalam keadaan terdesak.

Beliau turut berkata, pada 2009 Shafie yang ketika itu menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, mengugut akan menyaman ahli Parlimen Batu pada masa itu Tian Chua atas dakwaan Shafie dan rakan-rakannya menerima sogokan daripada kontraktor sebagai pertukaran kontrak.

“Pada waktu itu Shafie menafikannya, mengatakan ia ‘tidak masuk akal dan tidak benar’. Tetapi di sebalik semua itu, beliau tidak pernah menyaman Tian Chua walaupun tuduhan itu berlarutan sehingga beliau dipecat daripada Umno dan dikaitkan dengan Pakatan Harapan.”

Katanya, sebenarnya Shafie tidak pernah mengemukakan saman terhadap pengkritiknya.

“Shafie, jika kamu gagal menyaman seperti yang dijanjikan, sekurang-kurangnya beri respons terhadap tuduhan yang dibuat kepada kamu dan buktikan yang mereka salah,” katanya, sambil memaklumkan kegagalan untuk mengemukakan saman sebelum ini menunjukkan Shafie hanya memainkan-mainkan rakyat untuk meraih simpati. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Mohammadin Sudah Minta Maaf Isu Dakwaan Hina Wira Negara – Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memanggil Datuk Mohammadin Ketapi untuk meminta penjelasan berhubung kenyataan kontroversinya. Calon...

Wakil Rakyat Bebas Tidak Mampu Berkhidmat Di Kuamut – Bung Muktar

TONGOD: Pengundi Kuamut diminta untuk menolak calon Bebas yang bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihanraya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26hb September yang...

Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

CYBERJAYA - PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan...