Bukit Aman Panggil Menteri Beri Keterangan

- Advertisement -

Cyberjaya – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Ia susulan kegagalan beliau mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, pada 7 Julai lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan sedang dijalankan dan polis akan memanggil beliau (Mohd Khairuddin) bagi membantu siasatan.

“Setakat ini 27 laporan polis sudah diterima berhubung perkara berkenaan.

“Siasatan terhadap Mohd Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan media memaklumkan kementerian itu mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lalu, atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Mohd Khairuddin dilaporkan pulang dari Turki pada 7 Julai dan sampel ujian calitan kali telah diambil pada hari sama dan didapati negatif.

Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa, Mohd Khairuddin tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.

Berikutan itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Pas dikritik banyak pihak kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, khasnya mengingkari arahan kuarantin bagi mana-mana warganegara Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat