realme C12 Dengan Tri-Kamera Dan Bateri 6,000mAh Dilancarkan Pada Harga RM529

- Advertisement -

Sejak jenama realme memasuki pasaran Malaysia, dapat dilihat jenama ini sangat agresif dalam mengeluarkan telefon pintar yang berbaloi dan mampu milik sekaligus menjadi pilihan pengguna.

Pada kali ini, realme kembali lagi menawarkan telefon pintar dengan bateri yang lebih besar buat para pengguna dengan kapasiti 6,000mAh. Dalam erti kata lain, penggunaan realme C12 untuk sehari setengah tanpa bantuan powerbank sememangnya bukan masalah.

realme-c15

Selain itu, realme C12 turut dilengkapkan dengan Quick Freeze dimana pengecasan akan ditamatkan secara automatik apabila model ini dicas dengan penuh.

realme C12 ini turut hadir dengan skrin 6.5-inci beserta takuk kecil. Mengulas dari segi spesifikasi, realme C12 dikuasakan oleh processor Helio G35, RAM 3GB beserta ruang storan 32GB.

gadgetmatch-20200818-realme-c15-01

Tidak hanya memfokuskan pada spesifikasi dan kapasiti bateri semata-mata, model ini turut hadir dengan gabungan tiga kamera dengan lensa berbeza-beza merangkumi sensor 13-megapixel, 2-megapixel dan 2-megapixel. Kamera hadapan model ini pula dikuasakan oleh kamera selfie 5-megapixel.

realme-C12-Coral-Red-scaled

Sememangnya sebuah pilihan yang sangat berbaloi untuk sebuah telefon pintar harga yang ditawarkan iaitu serendah RM529 sahaja. Pada kami, pelancaran realme C12 berjaya meletakkan model ini sebagai model terbaik di bawah paras harga RM600.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan realme C12, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya. Oh ya, pembeli terawal bakal turut ditawarkan dengan realme Buds Classic secara percuma. Apa tunggu lagi? Jom tinggalkan powerbank dengan adanya realme C12.

the Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat