PRN Sabah: Jangan Persoal Keputusan PKR Guna Logo Sendiri

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Pemimpin PKR Sabah membidas rakan partinya yang mempersoal keputusan keputusan pengerusi negeri dan Presiden PKR Anwar Ibrahim menggunakan logo parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah John Ghani mengenai isu penggunaan logo, Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin Sidek mendakwa keputusan menggunakan logo parti sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat MPN pada 20 Ogos lalu.

Beliau berkata, Anwar sudah mengumumkan PKR Sabah akan menggunakan simbol parti sendiri bersandarkan keputusan sebulat suara daripada mesyuarat itu.

“Mesyuarat itu dipengerusikan Christina Chew (pengerusi MPN Sabah) dan dibuat khusus untuk membincangkan isu penggunaan logo dalam PRN Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan mesyuarat itu dihadiri hampir semua barisan MPN Sabah dan ketua cabang.

“Untuk rekod, John Ghani tidak hadir pada mesyuarat itu. Dengan ini, kenyataan beliau seperti mana diterbitkan akhbar adalah lebih merupakan kenyataan peribadi dan bukan kenyataan PKR-MPN Sabah.

“Kenyataan itu dengan jelas menolak dakwaan Anwar tidak faham sentimen Sabah atau isu berbangkit berkaitan ‘autonomi Sabah’ sebagaimana didakwa dalam kenyataan media John,” kata Simsudin.

Minggu lalu, John berkata PKR Sabah mahukan kuasa autonomi untuk menentukan logo mana akan digunakan pada PRN, selepas Anwar mengumumkan parti itu memutuskan bertanding menggunakan logo sendiri pada pilihan raya mengejut itu.

John menggesa ibu pejabat parti itu untuk mempertimbangkan pemberian autonomi kepada PKR Sabah bagi memutuskan perkara berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat