Peguam Fitnah Skuad Sabil Main Isu Agama -Pemuda UMNO Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah membidas Peguam Muhammad Abdul Karim mengatakan Skuad Sabil yang dibentuk oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) akan memainkan isu agama ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Muhammad telah mengaitkan maksud “Sabil” peperangan menegakkan agama dan lazimnya merujuk kepada perang sabil antara Islam dan Kristian serta agama-agama lain.

Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, R.Amrie Abada berkata Skuad Sabil hanyalah satu unit beruniform khas bagi memantapkan lagi aspek keselamatan dan kebajikan yang menggalakkan penglibatan dan budaya sukarelawan ahlinya kepada parti.

“Begitu sempit pemikiran dia memberi maksud “sabil” sebagai peperangan agama, kata R.Amrie.

Beliau juga membidas peguam tersebut membuat laporan polis terhadap skuad sabil kerana laporan itu tiada asas kerana kewujudan skuad sabil ini telah disalah ertikan oleh Peguam tersebut.

“Di Sabah memang berorentasikan kaum yang pelbagai malahan di seluruh negara, maka tidak masuk akal sangkaan negatif sebegini dilontarkan kerana skuad sabil ini menggalakkan penglibatan anggota-anggota yang bukan beragama Islam, ujarnya lagi.

“Warisan, jagalah rakyat bukan jaga UMNO, kata beliau.

Terdahulu, Muhammad Abdul Karim dari parti Pemuda Warisan Negeri Sabah telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu berkenaan Skuad Sabil pada pagi ini.

“Rakyat Sabah menolak politik perkauman dan politik sentimen agama yang akan membawa kepada perpecahan, jelas beliau.

Tegasnya, Sabah bukanlah negeri di Malaya yang mana UMNO boleh sesuka hati bermain dengan sentimen agama untuk menarik sokongan pengundi, katanya.

“Kita masih ingat di Kimanis apabila Pemuda UMNO datang dan melakukan kekacauan, mereka gugat keharmonian dengan tindakan dan sentimen melampau,” ujarnya lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat