Pemilihan Presiden AS: Bekas Anggota Kongres Republikan Sendiri Minta Rakyat Amerika Sokong Biden

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: 27 bekas anggota Parti Republik dari Kongres AS mendorong sokongan untuk Joe Biden dalam pemilihan presiden.

Lebih daripada dua dozen bekas anggota kongres Amerika Syarikat dari parti Republikan, termasuk bekas Senator Jeff Flake, telah menyokong calon Demokrat Joe Biden untuk menjadi presiden pada hari pertama Konvensyen Nasional Republik, dalam apa yang disifatkan sebagai teguran terakhir kepada Presiden Donald Trump oleh anggota partinya sendiri.

27 bekas anggota Kongres menyertai inisiatif “Republikan untuk Biden” yang dianjurkan oleh kempen Biden untuk mendapatkan sokongan ahli Republikan untuk Demokrat, kata kempen Biden.

Mereka menyebut “korupsi, penghancuran demokrasi oleh Trump, pengabaian secara terang-terangan untuk kesopanan moral, dan keperluan mendesak untuk mengembalikan semula kehebatan AS” sebagai alasan untuk bergerak, menurut pernyataan kempen Biden.

Flake, yang menentang Trump, mengetuai pengunduran parti Republikan Arizona dari Senat pada tahun 2018, akan bercakap dengan wartawan pada hari Isnin nanti mengenai keputusannya untuk menyokong Biden.

Bekas anggota Kongres itu mewakili kumpulan Republikan terbaru yang menyokong calon presiden Demokrat dan menentang Trump pada pilihan raya 3 November, yang menggambarkan bagaimana presiden dari Republikan itu diasingkan anggota partinya sendiri.

Minggu lalu, 73 bekas pegawai keselamatan nasional Republikan, termasuk bekas ketua FBI dan CIA, menyokong Biden sambil memanggil Trump sebagai korup dan tidak layak untuk berkhidmat.

Kumpulan pembangkang itu membantah pengasingan Trump terhadap sekutu AS di luar negara dan kepemimpinannya di Amerika sendiri, termasuk tindak balasnya terhadap wabak koronavirus yang telah membunuh lebih dari 176,000 rakyat Amerika, dan mencetuskan kemerosotan ekonomi yang teruk.

Kempen Trump telah menggambarkan bahawa kumpulan Republikan yang menganjurkan sokongan terhadap Biden ini, termasuk kumpulan Pengundi Republikan Menentang Trump dan 43 Alumni untuk Biden – beratus-ratus pegawai yang pernah bekerja untuk pentadbiran George W Bush – sebagai “kawanan binatang” serta sekumpulan bekas pegawai yang tidak berpuas hati “cuba mengambil menjatuhkan Presiden Amerika Syarikat yang dipilih rakyat” – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat