Jalankan Tugas Dengan Penuh Amanah – Muhyiddin Yassin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepimpinan baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi seperti yang diharapkan ahli-ahlinya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu diperingkat cawangan, bahagian, Armada dan Srikandi dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diberi kepercayaan memegang jawatan-jawatan yang dipertandingkan tersebut.

Muhyiddin mengingatkan mereka yang tidak terpilih, supaya terus istiqamah dalam saf perjuangan kerana mempunyai peranan yang besar untuk terus menyumbang kepada parti.

BERSATU telah menjalankan pemilihan jawatankuasa yang pertama kalinya dan suasana pemilihan berjalan dengan lancar dan tertib selepas 177 Bahagian BERSATU selesai bersidang, Sabtu lalu, kata Muhyiddin.

Dalam pemilihan tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengekalkan jawatan Presiden yang beliau sandang sebelum ini, manakala Timbalan Presiden Bersatu dimenangi Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu.

Bagi jawatan Naib Presiden, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang terpilih sebagai Naib Presiden serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat