Kaji Naikkan Gred Gaji Pegawai Perubatan Lantikan Kontrak ke UD43 -Adham Baba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Adham Baba berkata, permohonan pelarasan gred gaji pegawai perubatan lantikan kontrak UD41 sedang dalam rancangan untuk dinaikkan ke Gred UD43.

“Perancangan itu dilaksanakan untuk memelihara keharmonian ditempat kerja antara pegawai lantikan tetap dan kontrak bagi meningkatkan motivasi pegawai ketika menjalankan tugas, kata beliau.

Dr Adham Baba menjawab soalan Datuk Hj Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk memberi Pegawai Perubatan Kontrak kemudahan yang setara dengan Pegawai Perubatan Tetap memandangkan mereka juga memberi khidmat perkhidmatan yang sama kepada masyarakat di Malaysia, pada Sidang Parlimen, hari ini.

“KKM juga sedang memberi peluang pegawai lantikan kontrak melanjutkan pelajaran melalui latihan. Latihan ini memberi mereka melepasi peperiksaan-peperiksaan tertentu dalam Kementerian dan kerjaya sebelum mereka melaksanakan bekerja secara sendiri ataupun mendapat hadiah daripada persekutuan, kata Dr Adham Baba.

“kertas cadangan sedang dibawa ke kabinet untuk perbincangan Pelarasan Gred Gaji UD41 ke UD43. Kita cuba bawa ke UD43 dimana kontrak hampir bersamaan pada mereka yang berkerja lantikan tetap.

“Tempoh lantikan kontrak juga sedang dalam perancangan dipanjangkan, tempoh yang baik untuk mereka boleh mengambil laluan kepakaran (career pathway) ujarnya lagi.

Pada tahun ini, mereka yang telah ambil slot hadiah latihan persekutuan seramai 1,266 dan tahun lepas seramai 1,102 ketika menjawab soalan tambahan YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) yang bertanyakan mengapa KKM masih sampai hari ini tidak menaikkan gred gaji pegawai perubatan lantikan kontrak UD41 ke UD43 serta mengapa ianya masih tertangguh dan berapa lama jangka masa tempoh lantikan kontrak akan dipanjangkan.

“Bagi mereka yang dinaikkan gaji ke UD43 adalah terdiri pegawai perubatan yang patuh dan bersedia kekal untuk bekerja di KKM, katanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat